Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
Maka BERISTIQOMAHlah dalam menyampaikan sesuatu ILMU walaupun hanya dengan sepatah kata.. Coretanku dihidangkan buat tatapan sang pembaca, semoga bermanfaat buat semua.. :)
Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Friday, September 4, 2015

SABAR, mudah diungkap sukar utk dilalui...

Demi nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

Kita selalu dengar,
  "Allah tak akan menguji hambaNya melebihi kemampuan mereka."

Ayat yang mudah namun memberi maksud yang amat mendalam. Ia mudah untuk diungkapkan, tapi sangat susah untuk dipraktikan dalam kehidupan ini. Apabila seseorang itu diuji, jika tanpa IMAN yang mantap kemungkinan besar ia bisa meruntuhkan kepercayaan mereka kepada Qada' dan Qadar.

Kenapa manusia itu diuji??
Allah menguji manusia kerana Allah SAYANG pada kita, Allah RINDU pada kita, Allah ingin BERTEMU dengan kita. Kerana apabila seseorang itu akan mencari jalan untuk melepaskan diri daripada setiap masalah yang dihadapi. Dan dari situ lah mereka akan melihat bahawa BERDOA kepada Allah adalah jalan yang paling terbaik. Secara tidak langsung dapat mendekatkan diri seseorang itu kepada yang Maha Pencipta.

Bagaimana untuk kita hadapi saat-saat kita diuji??
Untuk seseorang itu bermadah amatlah mudah, bila kita mempunyai masalah kita akan berusaha mencari seseorang yang boleh mendengar segala luahan hati ini dan mungkin dapat membantu untuk meringankan beban ini.

Ya, sangat ramai diluar sana yang dapat mendengar setiap butir bicara tentang permasalahan kita. Tapi tak semua yang memahami apa yang kita rasa sebenarnya, mereka sedar meminta untuk kita bersabar, bersabar, dan barsabar. Sangat mudah untuk mereka meluahkan kata-kata itu tapi sangat sukar untuk kita lakukan perkataan itu.

Untuk menjadi seorang yang sabar apabila dia dimaki, untuk menjadi seorang yang sabar apabila dia dipukul, untuk menjadi seorang yang sabar apabila dia difitnah, untuk menjadi seorang yang sabar apabila dia khianati.....?????

Itu sangat sukar, namun ia akan jadi mudah apabila kita ingat kisah NABI MUHAMMAD s.a.w yang sangat sabar apabila baginda dimaki, dipukul, difitnah dan dikhianati. Bahkan baginda masih mendoakan kebaikan bagi mereka yang melakukan kezaliman kepada baginda. Sangat HEBAT benar??

Ya, kita bukanlah nabi yang kuat imannya, yang bisa menerima setiap kezaliman orang keatas diri kita dengan SEYUMAN yang melebar.

Ya, kita tidak sekuat nabi yang bisa menahan segala cemuhan dengan sikap sabar yang mantap.

Ya, kita tidak semulia nabi yang masih bisa mendoakan kebaikan kepada mereka menzalimi baginda.

Tapi,,, kita akan tergolong dalam kalangan Umat nabi andai kita mengikuti sunnah-sunnah baginda. Memang sukar untuk berubah secara keseluruhan, namun dengan cara berperingkat dan istiqomah insya-Allah pasti ada kenerkatan atas perubahan tersebut.

Justeru, sentiasa berfikiran positif kepada setiap ujian yang Allah berikan, dan ingatlah
                                         "ALLAH SAYANG PADA DIRI INI"


note : Ketika Allah menguji kita, al-Quran adalah peneman yang paling SETIA.. Dialah SURAT CINTA yang Allah hadiahkan kepada kita, jadi tataplah ia, renunglah ia, bacalah ia, menangislah kerana rindu kepadaNya... semoga Allah meringankan kesakitan ketiaka kita diuji....