Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
Maka BERISTIQOMAHlah dalam menyampaikan sesuatu ILMU walaupun hanya dengan sepatah kata.. Coretanku dihidangkan buat tatapan sang pembaca, semoga bermanfaat buat semua.. :)
Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Wednesday, March 16, 2016

CSC BEST !!!

CSC??? Apa itu CSC ya? Takpe korang tak perlu penat-penat kerah otak untuk mentafsirkannya, nanti lain pula maksud yang korang fikir..

CSC253 code subjek yang aku belajar di semester 6


"Wah, bestnya belajar multimedia..."
Stress jadinya bila orang lain yang terlebih excited  pabila mendengar aku belajar multimedia. Korang tak tahu betapa seksanya student diploma matematik harus belajar subjek yang jauh panggang dari api ini.
Antara projek pertama aku, time buat tu aku memamng tak faham dan stress sangat. Tapi bila tengok pada hasilnya, WAH macam tak percaya pula diri sendiri yang buat.. heeee....



Haa... inilah anatara software yang aku belajar untuk mengenali apa itu multimedia. Daripada  zero, aku mula memahami fungsi-fungsi software di atas :)






Jadi macam biasalah bila nak pandai menggunakan adobe-adobe di atas ni, mestilah practice banyak kali kan. Jadi tersenarailah assingment yang sangat mencabar aku.


Haaa... bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta kan..." lepas berbulan-bulan mengharungi pancaroba kehidupan dalam subjek ini. Aku mula JATUH CINTA dengan subjek MULTIMEDIA (CSC)... Project yang bertemakan "Video Promotion" memberi pengalaman baru dalam kehidupan aku sebagai student matematik yang 24jam menghadap nombor sahaja. Berbeza CSC, ia subjek yang memerlukan kemahiran dan pemahaman soal software-software dan tahap pemikiran yang kreatif.


Kami bersama-sama pelajar daripada sekolah SESTA menjalankan shooting untuk video kami.




Hahahaha,, dah macam kisah drama bersiri daarr...

Antara scene yang dilakonkan di dalam video kami


Kami bertungkus lumus menyiapkan projek yang bakal dipertandingkan


Project yang terhasil berkat titik peluh kami

"CSC BEST" bukan untuk mereka yang kreatif sahaja. Tapi untuk mereka yang berani untuk menyahut cabaran dalam MENCABAR diri sendiri. Dulu aku menganggap CSC ini subjek yang sangat menakutkan, tetapi selepas menimbanya baru aku sedar yang ia sangat menyeronokkan..


NOTE : Bila dah belajar CSC ni, baru tahu betapa mencabarnya pekerjaan sebagai EDITOR ni. Lepas ni kalau tengok MOVIE tak boleh komen lebih-lebiih sebab dah tahu kesukaran disebaliknya...

Saturday, March 12, 2016

Janji Allah itu pasti.

Part 4
Masa berlalu dengan pantas, permohonan aku untuk menjadi EXCO AQS (persatuan fakulti) berjaya. Alhamdulillah, aku diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai EXCO Kebudayaan. Walaupun nampak seperti jawatan kecil, sebenarnya di dalam melaksakan gerak kerja kami tetap berkerjasama serta melakukan tugasan. Tugasan yang digalas bukan berdasarkan jawatan namun untuk menberikan pengalaman dalam menguruskan sesuatu event. Alhamdulillah pada semester 2,selain memegang jawatan bagi EXCO AQS aku juga diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai SEIKI PEERS(kelab pembimbing rakan sebaya).

Jawatan yang disandang bukanlah untuk dimegah-megahkan. Apabila kita mula menerima suatu amanah, kita wajib untuk memikulnya hinggalah ia berjaya. Untuk pertama kalinya aku memegang jawatan untuk sesuatu kelab di IPT, aku teruja untuk melaksanakan setiap tugas yang diberi. Namun, Allah lebih mengetahui segala-galanya. Aku merasakan bebanan yang amat besar apabila memegang dua jawatan dalam masa yang sama. Bukan niat untuk menjadi seorang yang tamak atau untuk mendabik dada. Namun, peluang yang datang bukannya perancangan kita, Allah telah mengaturkan segalanya. Semester 1 adalah semester yang amat mengembirakan untuk kami, kami hanya menghadiri kelas dan melakukan ulangkaji untuk masa terluang. Tiada assignment seperti pelajar yang lain. Namun, ia tidak untuk semester 2, kami dihujani dengan kelas yang banyak, assignment bertimbun, kerja ‘universiti’ (kalau sekolah kita panggil kerja sekolah) serta aktiviti kelab.

Kadangkala, aku terpaksa tidur pada jam 2pagi untuk menyiapkan laporan event, dan bangun pada awal pagi untuk menghadiri kelas sehingga ke petang hari, kemudian malamnya aku harus menghadiri meeting persatuaan. Kehidupan yang amat memenatkan serta memberi tekanan kepada diri apabila aku tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran. Setiap masa, classmate aku akan mengulangkaji pelajaran kerana course maths sangat memerlukan latihan yang banyak. Selain aktiviti persatuan, aku juga dihujani dengan aktiviti kolej yang diwajibkan untuk setiap penghuni kolej. Di UiTM Alor Gajah, ia sangat meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah dirangka oleh pelbagai persatuan. Ia mempunyai kebaikan serta ada juga keburukannya. 

Setiap kali quiz atau test, aku sering kali tiada masa untuk membuat ulangkaji. Perkara ini amat menggusarkan hati aku, kadangkala aku terfikir untuk meletakkan jawatan kerana terlalu bimbang andai ia akan mengganggu prestasiku. Namun, berkat nasihat serta bantuan daripada Naib Yang di-Pertua kelab PEERS iaitu Nur Iman bin Kudus yang memberi semangat kepada aku untuk teruskan perjuang ini. Aku tidak boleh berundur sebelum berjaya, aku sudah berani untuk menyahut cabaran ini, jadi aku juga harus berani untuk melaluinya, antara nasihatnya yang masih segar diingatan ini adalah:
1. Jangan pernah merasakan ia adalah bebanan, namun letakkan perkara itu sebagai suatu ILMU yang tiada di tempat lain.
2. Bukan masa yang akan mengejarkan kita, namun kita yang harus mengejarnya. Gunakan masa itu sebaiknya, dalam waktu kita sibuklah selalunya kita akan menggunakan masa itu sebaiknya.
3. Jangan belajar mengikut jadual kerana masa kita tidak menentu, jadi belajarlah ASAL ADA WAKTU.
4. Sebelum mengulangkaji, ambil wudu’ dan berdoalah. Serahkan segalanya pada yang Maha Mengetahui. Semoga Allah memberi kemudahan untuk kita memahami setiap apa yang kita kerjakan.
5. Hadapi masalah atau tekanan dengan permikiran positif, sentiasa bersangka baik kepada Allah serta berusaha untuk menyelesaikan setiap permasalahan dengan tenang.
Hurm... Rasanya itu sahaja yang berjaya aku keluarkan di dalam minda ini, sudah lupa yang selebihnya.
**********************************************************************************

Ouh ya, selain aktiviti kelab AQS, kelab PEERS dan kolej. Ada satu lagi aktiviti yang membebankan diri ini, haaaaa...... KELAB DRAMA (kokuriklum untuk semester 2). Tindakan berani aku untuk menceburi bidang lakonan amat memberi kesan ke dalam kehidupan aku. Dunia lakonan yang pada permikiranku penuh dengan fantasi serta ilusi yang indah, namun ia amat berbeza daripada angananku. Dunia lakonan adalah dunia yang penuh dengan teriakkan, pekikan, jeritan serta tangisan. Tekanan demi tekanan menimpa diriku sehingga ia berjaya mengubahku menjadi seorang yang pendiam serta “ZOMBIE”. Roommate aku selalu menyuarakan kesedihan mereka, katanya :

‘najwa susah sangat nak duduk bilik kan.’
‘najwa ada event ke tu?’
‘najwa tak balik kampung(rumah mak abah)’
‘najwa tak penat ke?’
‘najwa sibuk ke, jomlah lepak dengan kami sekali sekala.’
‘najwa tak tidur lagi?’

Ya Allah kesedihan aku pada ketika itu tiada siapa pun yang tahu, setiap malam aku akan keluar untuk menghadiri meeting kelab dan latihan drama sampai ke lewat malam. Setiap pagi aku akan keluar awal untuk ke kelas dan pulang lewat kerana kelas lazimnya hingga ke petang. Hujung minggu waktuku diisi dengan aktiviti yang tidak putus-putus sehingga aku tiada masa untuk berlama-lama di kolej, kolej itu seperti sekadar menjadi tempat persinggahan untuk aku berehat. 
**********************************************************************************

Masih segar diingatanku pada suatu event yang aku sertai, event yang dijalankan selama 3malam berturut-turut. Dan pada malam yang terakhir, kami terpaksa pulang pada jam 2pagi untuk membuat kerja-kerja pembersihan serta postmortem(meeting) bagi event tersebut. Dengan suasana yang sunyi dan agak menyeramkan, aku memberanikan diri untuk pulang ke kolej pada waktu sedemikian. Pada masa itu hanya Allah yang tahu beetapa cuaknya aku, hati rasa seperti ada yang tidak kena. Subhanallah, keesokannya aku mendapat tahu bahawa kolej Dang Anum iaitu kolej yang aku lintasi pada jam 2pagi itu telah berlaku kejadian histeria, dan alhamdulillah Allah melindungiku daripada sebarang bencana.
**********************************************************************************

Tekanan demi tekanan menyingkap kehidupanku sehingga membuatkan diri ini lelah serta jatuh tersungkur untuk melalui segalanya. Dugaan yang pada mulanya menyebabkan aku hampir putus asa untuk meneruskan perjuanganku di IPT. Amanah yang pada awalnya menyebabkan aku berasa terbeban, lalai, menyalahkan takdir dan tidak ikhlas. Semua ini mengajar aku erti kehidupan yang sebenar, tekanan,dugaan serta amanah yang diberi adalah Anugerah Allah kepada hamba-Nya. Mengapa aku kata itu adalah anugerah? Kerana tekanan aku belajar erti menghargai, kerana dugaan aku belajar erti kesabaran dan usaha, kerana amanah aku belajar erti tanggungjawab serta pengalaman. Terima kasih ya Allah kerana memberi nikmat yang tidak ternilai harganya kepada kami, 

Alhamdulillah, walaupun aku sibuk dengan aktiviti kelab, keputusan untuk semester 2 tidaklah mengecewakanku.