Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
Maka BERISTIQOMAHlah dalam menyampaikan sesuatu ILMU walaupun hanya dengan sepatah kata.. Coretanku dihidangkan buat tatapan sang pembaca, semoga bermanfaat buat semua.. :)
Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Monday, December 7, 2015

PENGALAMAN

Assalamualaikum dan salam muhibah...
Pengalaman?? kenapa pengalaman menjadi persoalan untuk penulisan kali ni?
Rata-rata anak muda zaman sekarang kalau perg temuduga, soalan yang sangat popular yang akan ditanya adalah pengalaman, betul tak?

Kadang-kadang kita akan rasa sangat TIDAK LOGIK disitu sebabnya fresh graduate mana ada pengalaman sampai 2-3tahun bekerja. Alih-alih putus asa ditengah jalan atas sebab yang agak remeh.

Penting sangat ke pengalaman ni?
Yes, soalan cepu cemas yang sangat menarik.

Pendapat nissa laa.. pengalaman ni sangat penting dalam kehidupan seseorang. Haih, apa yang penting sangat tu, bukan mati pun kan kalau tak ada pengalaman. Bukan tak boleh buat kerja pun kalau tak ada pengalaman.

Hurmmmm,, betul juga pandangan kawan-kawan nissa yang lain, tapi pendapat nissa tetap sama iaitu PENGALAMAN ITU PENTING !!! haaa siap tanda seru kan, nak tunjukkan disini yang ia tersangatlah penting, kenapa??

1. Pengalaman HIDUP, bermulanya peringkat kita membesar kita telah belajar daripada pengalaman. Contohnya pengalaman jatuh hingga luka, ia mengajar kita untuk lebih berhati-hati.

2. Pengalaman ORANG LAIN, ini lebih menarik kerana kita belajar daripada pengalaman orang. Boleh jadi membina semangat mahupun memperbaikan kelemahan. Contohnya mendengar pengalaman rakan-rakan yang berjaya melanjutkan pelajaran diluar negara dapat meningkatkan daya usaha kita untuk mencapai kejayaan yang sama atau lebih.

3. Pengalaman PEKERJAAN, bagi nissa ia ditafsirkan kepada mereka yang suka melakukan kerja sambilan diwaktu lapang, Nissa sangat berbangga pada mereka yang dapat menguruskan masa dengan baik, mereka dapat melakukan 2-3 pekerjaan tanpa menganggu pelajaran mereka.

Eleh sikit aje, tak ada lah penting mana...

Walaupun point yang nissa nyatakan sikit tapi kalau kawan-kawan fikir secara mendalam, sebenarnya ia sangat banyak. Mungkin boleh jadi setebal kamus dewan bahasa dan pustaka andai pengalaman itu dibukukan.

Fikirlah kawan-kawan, bukan pengalaman untuk pekerjaan sahaja penting, tapi pengalaman untuk kehidupan juga penting. Pengalaman itu umpama sejarah kehidupan kita, andai ada kelemahan perbaikilah jangan biarkan ia terus menerus membusuk.

Berusahalah untuk mencipta keindahan dalam kehidupan yang Allah pinjamkan pada kita, jangan buang masa dengan duduk memikirkan masa lalu. Sebaliknya keluarlah untuk meneroka keindahan ciptaan-Nya untuk membina 'pengalaman' yang TERBAIK....

note : jangan biarkan sejarah dahulu berulang kembali...