Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
Maka BERISTIQOMAHlah dalam menyampaikan sesuatu ILMU walaupun hanya dengan sepatah kata.. Coretanku dihidangkan buat tatapan sang pembaca, semoga bermanfaat buat semua.. :)
Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Thursday, May 9, 2013

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA


gmbar nie just tambahan jew,, tak de kena mengena dengan kisah ini



Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. 

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. 

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" 

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. 

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. 

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. 

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. 

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).




Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Note : cinta ibu terhadap anaknya takkan terhitung hingga ke mati,,, namun cinta anak kepada ibunya bagaimana ???

TOMYAM

sedapnye,,,


Bahan-bahan :

500 gm ayam [dipotong kecil]
3 paket pes tomyam 
1 batang carrot 
1 batang saderi 
1 paket cendawan
Sedikit jagung muda
Sedikit bunga kobis
2 biji tomato
5 batang serai [diketuk]
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar [dipotong bulat]
5 biji cili api
Jus limau kasturi
Garam
Air secukupnya

Cara-cara :

1. Masukkan ayam yang dipotong kecil ke dalam periuk bersama-sama bawang, serai dan sedikit air. Tutup periuk dan biarkan di atas api sederhana sehingga mendidih.
2. Masukkan semua sayur-sayuran, daun limau purut, pes tomyam, cili, jus limau kasturi dan air secukupnya. Biarkan hingga masak. Masukkan tomato.
3. Perasakan dengan garam.
4. Sedia untuk dihidangkan.



Note : salam perkongsian, mudah dan cepat,, selamat mencuba :)

MINYAK DAGU




Minyak? Minyak apa tu, minyak dagu?  Choiii,,, jaga itu mulut jangan banyak langsi. Bukan minyak dagu punya cerita, gua banyak baik punya olang, tak ada guna itu perkara karut punya. Gua kat sini, mau cerita itu pasal minyak moto ooo…

Hoho,,, apalah tauke ni, minyak moto pun nak cerita, sudah tak ada cerita lain ke?

Lu jangan pandang rendah sama ini cerita, ini cerita kalau gua buat filem boleh masuk booth office tau,,

Tauke bukan booth office, tapi box office.. nak cakap tapi tak pandai, buat malu je.

Ada bunyi juga, lu jangan kurang ajar sama gua, nanti gua kung fu lu masuk lubang jamban, gua flush..berkawanlah lu sama sisa kumbahan itu... Sudah-sudah gua mau cerita pasal ini minyak moto… lu kasi dengar je

Ceritalah…

Sebelum gua cerita, gua nak lu tepuk tangan dulu, boleh?

Boleh…. Boleh….

Tuuuppppp  taaaapppppp  tuupppp taappp………………..

Pummmm pammmm pummm pammm

Oi, gua suruh tepuk tangan bukan tepuk nyamuk, apa punya olang ini banyak langsi,

Ish tauke ni, banyak cakap pulak tadi nak cerita kan ,,, cerita jelah tak payah nak tepuk tangan bagai, bukan best pun cerita tu.

Lu mau kasi dengar atau tidak ?

Tauke mahu cerita, saya kasi dengar la..

Lu tau gua mau cerita, jadi lu kasi tutup itu mulut, guan kasi cerita.

Ok, kasi ceritalah…

Sebelum itu, gua mau lu buat satu perkara. Lepas itu baru gua cerita.. gua mau lu tepuk tangan,,

Tadi dah tepuk, macam-macam laa tauke ni…

Olang tua-tua cakap jangan kasi lawan, nanti gua sumpah lu jadi batu caves mau…

Yelah….


Tuuuuppppp taaappppp tuuuupppppp taaaapppppp

Habissssss……

Apa ni tauke?

Lu sudah kena main sama gua ,,,  hooooohahaha hoooooohahahaha



Note : aku boring laaaa…. Hihihi

PSIKOLOGI


Bidang psikologi kini semakin penting dan berkembang dalam masyarakat memandangkan bidang ini mempunyai kaitan langsung dengan kelakuan manusia.
Bidang ini merupakan satu profesion yang memerlukan seseorang yang melibatkan diri
di bidang ini berkemahiran, berkebolehan serta berpengetahuan bagi menyelesaikan
masalah-masalah yang berlaku kepada manusia.

  Daripada segi definisi, psikologi ialah suatu disiplin kajian dan pengurusan saintifik
berkaitan dengan tingkah laku manusia. Bidang psikologi adalah suatu bidang yang
luas yang boleh dipecahkan kepada beberapa pengkhususan termasuk psikologi
kaunseling; klinikal; pendidikan; industri dan organisasi; perkembangan; ergonomik dan
psikologl sosial. Psikologi kaunseling ialah perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan kaunseling bagi menghasilkan perubahan oleh individu. Mereka yang
mengendalikan psikologi kaunseling dipanggil kaunselor. Kaunseling merupakan satu
proses di mana kaunselor membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang
berkaitan sama ada dengan membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun pelarasan yang lebih baik perlu dilakukannya. Bagi mereka yang melibatkan diri  di bidang psikologi klinikal, perlu menilai dan merawat pesakit yang mengalami masalah
psikologi. Mereka menggunakan pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dalam
memberi kaunseling dan terapi. Selain itu, ahli psikologi sentiasa bekerjasama dengan
doktor-doktor, ahli psikiatri dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah yang
dihadapi pesakit.         

  Bidang psikologi pendidikan pula menawarkan kaun­seling dan bantuan kepada pelajar
remaja yang menghadapi masalah di bidang pelajaran dan perkembangan tingkah laku.
Mereka ini sentiasa memberi kerjasama kepada klien, iaitu pelajar serta guru-guru dan
ibu bapa.

    Sementara bidang psikologi industri dan organisasi melibatkan permasalahan
yang berhubung dengan perlakuan organisasi dan pekerja. Bidang ini menyentuh
hal-hal berkaitan kepuasan bekerja dan stres; dinamika kumpulan; komunikasi interpersonal; masalah kesatuan sekerja; kepemimpinan dan pengaruh; prejudis dan diskriminasi dalam organisasi; per­masalah kembangan organisasi; latihan dan pembangunan kerjaya.

     Bidang psikologi menjanjikan peluang kerjaya yang disiplin cukup baik sama ada di
sektor awam, swasta atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Anda boleh
berkhidmat sebagai pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pem­bangunan sosial,
pembantu sosial, penyelidik, pentadbir, industri pegawai perjawatan, eksekutif sumber
manusia, eksekutif latihan dan perunding.

CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN

(i)                  Minat terhadap profesion ini
(ii)                Minat terhadap orang dan kelakuan manusia
(iii)               Matang dan stabil aspek emosi
      (iv)       Seorang yang sabar, berkemahiran mendengar dan menangani permasalahan
(iv)              Mampu menyimpan rahsia klien
(v)                Memiliki kemahiran berkomunikasi
      (vii)     Empati
      (viii)    Mampu berfikir secara kreatif
      (ix)      Berupaya memberi bantuan dan menyelesaikan masalah
(x)                Mempunyai kebolehan menganalisis dan menilai
(xi)              Mahir dalam statistik dan matematik

SYARAT MENCEBURI BIDANG INI

Seperti kebanyakan bidang profesional lain, untuk menceburi bidang psikologi ini memerlukan seseorang itu memiliki sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan universiti dalam atau luar negara.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pada masa ini universiti tempatan yang menawarkan psikologi ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia Sabah (UMS). Manakala universiti tempatan lain yang
menawarkan bidang yang lebih khusus iaitu kaunseling ialah UKM, UIAM, Universiti
Malaya(UM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). Universiti Pendidikan Sultan Idnis (~ UTM dan UPM menawarkan kursus bidang pendidikan bimbingan dan kaunseling. UMS turut menawarkan kursus psikologi
industri dan organisasi. Semua universiti ini menawarkan pengajian di peringkat sarjana
muda. Terdapat banyak universiti luar negara menawarkan kursus ini termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom dan Indonesia.

SYARAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MELANJUT­KAN PENGAJIAN

Pengambilan untuk memasuki universiti tempatan me­merlukan syarat yang berbeza-beza. UKM, UPM, UMS dan 1251 mengambil pelajar dan lepasan STPM. UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV, sementara UIAM membuka peluang kepada lepasan SPM/SPMV melalui program matrikulasi dan STPM.
UKM mengambil calon yang lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal termasuk prinsipal C dalam pengajian am serta kepujian bahasa Melayu dan matematik atau mana-mana mata pelajaran sains di peringkat SPM/SPMV.

(i)                  UPM dan UM memerlukan calon lulus STPM dengan mendapat tidak kurang
            daripada tiga prinsipal termasuk pengajian am. Calon juga perlu lulus bahasa
            Melayu, matematik dan sains di peringkat SPM.

(ii)                UIAM mengambil calon lepasan SPM/SPMV pangkat satu. Mencapai
            sekurang-kurangnya C5 mata pelajaran bahasa lnggeris serta kepujian lima
            mata pelajaran termasuk Pendidikan Islam. UIAM juga mengambil pelajar
              lepasan STPM dengan syarat mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal
              serta kepujian bahasa Melayu dan bahasa Inggenis di peringkat SPM/SPMV.
                  UMS memerlukan calon lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya
                  tiga prinsipal termasuk pengajian am. Keutamaan diberi kepada calon yang
                  mendapat kepujian matematik di peringkat SPM/SPMV.

(iii)               UPSI memerlukan calon lulus tiga prinsipal di peringkat STPM serta kepujian bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV.

(iv)              UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV. Calon perlu mendapat kepujian sekurang-kurangnya lima mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Calon yang memohon mengikuti kursus ini akan melalui           temuduga dan ujian psikologi yang dikendali­kan oleh Fakulti Pendidikan.


Note : ilmu psikologi juga penting dalam memotivasikan diri untuk lebih maju dan lebih berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat,,, Be a positive man/woman 

Lembaga PUTIH !!


Aku percaya bila kau semua baca tajuk itu, bulu roma kau dah naik tegk macam kena kejutan elektrik kan? Dua tiga batang peyapu, tak payahlah nak menipu,
Ok aku start ceritalah ya, malas aku nak membebel-bebel..

Macam biasa, aku akan datang awal ke sekolah. Banggunan Blok D antara tempat yang amat digeruni, sebab kat situ keras sikit, bukan sebab bahan binaan tapi maksud aku ‘keras’ ,, faham kan … kelas aku pula kat Blok D, tapi sebab aku dah biasa datang awal sebelum orang lain datang, jadi bagi aku Blok D ni tak adalah seram sangat. Sudah menjadi rutin, aku akan naik ke kelas unutk membersihkan kelas. Aku naik ke tingkat 3 berseorangan. Masa itu pun masih gelap lagi, masih pukul 6.50 pagi kot.

Masa itu pun, cuaca macam nak hujan, tapi macam nak ribut pun ada, angin kuat gila. Aku dalam kelas duk berlawan dengan angina, mana tidaknya aku sapu dia sepahkan balik, bengang pula aku masa tu. So, tengah khusyuk-khusyuk menyapu ni… aku pun toleh ke kanan,,

Tiba-tiba….

“Argghhh…..”




Lembaga putih betul-betul kat depan mata aku, mata aku sudah di tutup, tak sanggup aku nak tngok lembaga tu..

“kha…kha…kha…”

Sudah, sapa pula yang ketawa tu, nak kata Pontianak bukan, sebab tak ada bunyi mengilai pun. Perlahan-lahan aku bukak mata. Ya Allah….

Kau nak tahu apa,,, UZMA kawan aku, boleh pula dia ketawakan aku, rupa-rupanya lembaga putih yang aku nampak tu adalah dia, mahu gugur jantung aku masa tu, mana tidaknya dia boleh pula masuk kelas tanpa sebarang bunyi dan paling gerun masa tu, pintu dumm damm dumm damm kena tolak dek angin, dah macam cerita hantu suasana dalam kelas tu,

Dia pula sampai-sampai bukan nak bagi salam, boleh pula dia berdiri static kat tengah-tengah kelas tu, manalah aku nampak kain biru dia, yang aku nampak selubung putih, kurang asam bin jawa punya kawan, cuak aku dibuatnya..

Note : zaman budak-budak laa zaman yang paling mengembirakan…

rumah dalam hutan ???


Aku tahu, bila kau baca tajuk kat atas tu. Mesti kau tertanya-tanya, ini cerita seram ke apa?  Alahai, abis tu ku fikir aku nak buat cerita komedi ke dengan tajuk kat atas tu? Mungkin bagi sesetengah orang, mereka sudah biasa dengan situasi ‘rumah di dalam hutan’ . jadi tak ada apa yang nak di hairankan lagikan. Tapi, ia berbeza untuk aku sebab aku ni duduk di kawasan Bandar, bukannya dalam hutan. Haha, kau jangan ingat beruk je duk dalam hutan, manusia pun adalah… antaranya, arwah nenek dan datuk aku. Nak di jadikan cerita, perkara ni berlaku di kampung halaman ku,, kata pun nenek dengan datuk yang duduk. Sebenarnya, aku bukannya nak bagi kau takut. Janganlah sampai anti dengan kampung halaman kau lepas kau baca cerita ni ya.

“Hoi, Firdaus kau dah kenapa berselubung macam tu? Orang kat sini semuanya ra panas, yang kau mengigil ni kenapa?”

Lebih kurang macam tu lah mak aku membebel kat abang aku yang seorang ni, mana tidaknya tiba-tiba ambil selimut tutup badan dia, dah macam tutup mayat pun ada. Aku pula masa tu kat luar, almaklum mak saudara baru lepas kahwin, so aku dan cousin-cousin nak karoke la bagi gegar satu kampung dengan suara aku yang lunak lagi merdu ni.

“Ish budak-budak ni, kau tak payah nak cari pasal. Tengah-tengah malam macam ni nak melalak, pergi masuk kau pun nak kena macam Firdaus tu, hah?”

Alamak kena halau dar,,

“asal mak, Firdaus kenapa? A’ah, mana dia tadi kata nak karoke sekali.”

“sudah, masuk !”

…pandang kiri, pandang kanan.. selamat,, jalan…. (masa nak masuk rumah tu, semua duduk berkumpul kat ruang tamu, jadi kami pun dengan berhati-hati jalan masuk ke ruang dapur sambil membuat mesyuarat tergempar)

“apasal dengan Firdaus tu, tadi masa aku jalan dia pandang aku semacam je, tegak bulu roma aku.”

“betul tu Ayu, asal dengan dia. mak, kenapa dengan Firdaus?”

“Hah, itulah waktu malam tak reti-reti nak masuk rumah. Duduk lepak kat luar rumah, kan sudah ada yang menyinggah.”

“Hah, maksudnya Firdaus kena….” -> kau pandai-pandai la sambung ya..

“Patutlah aku rasa lain macam je, wei tadi waktu makan dia duduk sebelah aku la. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa pun, biasa je, kau ada rasa apa-apa?”

“tak…”                        (aku tak ada dalam ini dialog sebab masa tu aku blur lagi, nak buat macam mana budak bawah umur)

“pergi masuk tidur ! duduk kat sini lagi,,kenapa nak kena juga ke?”

Dah kena sergah macam tu, sapa tak kecut perut, sudah macam lipas kudung kita orang lari naik tangga. Biasa laa rumah kampung bilik kat atas. Semua berebut nak tidur, alahai orangnya dah boleh muat satu van, nak sumbat jugak kat tempat sempit. Sampai ke tanggalah kita orang sumbat, dan AKU la orang yang terpaksa tidur ditangga. Kejam tak cousin aku, mentang-mentangla aku ni blur masa tu, mereka boleh buli aku. Sadis sungguh keadaanku pada saat dan ketika itu.

“ini dah sampai ke tangga kenapa? Pergi tidur kat dalam tu, luas lagi kat sana.”

Buumm baamm buumm baamm …

 lebih kurang macam tulah bunyinya, almaklum rumah papan, mereka boleh lari tinggalkan aku seorang-seorang kat tangga tu, tak patut betul. Aku dah cuak sangat masa tu, aku dah tak fikir panjang, aku cilok je masuk dalam kelambu mak aku tidur, haha,, sempit mempit aku tak kisah, yang aku tahu aku tak nak tidur seorang kat tangga. Mak aku malas nak bertengkar, just suruh aku baca ayat kursi dan hembus kat adik aku yang kecik tu,, yelah masa tu umur dia baru beberapa bulan, kau faham-fahamlah kalau ada kes rasuk ni bayi macam adik aku tu bahaya sikit,, masih lemah..

“Wei, semalam kau tidur pukul berapa? Aku pukul 4 pagi baru tidur.”

“mana kau tahu kau tidur pukul 4 pagi?”

“aku dengar bapak kau cakap, masa tu abang kau dah sedar, hantu tu dah keluar dari badan abang kau, aku dengar semua semalam, aku tak boleh tidur.”

“A’ah, kami semua tak boleh tidur. Aku dengar masa tu pak dak panggil bomoh nak keluarkan hantu tu, hantu perumpuan kau tahu.”

“aku tak tahu, semalam aku tidur lena je. Sikit pun aku tak dengar apa-apa.”

Ceritanya….

Tok bomoh : Keluar sekarang,,,
Hantu : tak nak, aku suka dengan dia. aku nak kawan dengan dia. (abang aku yang cakap tapi keluar suara hantu tu)
Tok bomoh : keluar aku kata, kalau tak aku buat kau sakit
~ ~ tok bomoh tu pun buatlah something(aku tak tahulah apa yang dia buat, tekan jari hantu kot) sampai benda tu jerit ~ ~

Hantu : ye, aku keluar.. (dengan senang hantu tuu cakap)
~ ~ beberapa saat kemudian, tok bomoh tu tekan ibu jari kaki abang aku ~ ~

Hantu : ok,, ok,, aku keluar..  ( hantu moden kau, siap speaking lagi tu )
~ ~ beberapa saat kemudian, tok bomoh tu tekan ibu jari kaki abang aku ~ ~

Sakit laa bodoh !  ( ambik kau tok bomoh, dah kena bodoh.. hah, itu bukan hantu yang cakap, tapi abang aku)

Begitulah cerita yang aku dengar dari cousin-cousin aku, aku tak pasti kesahihannya sebab masa tu aku tak sedar langsung. Alhamdulillah berkat ayat kursi yang dibaca sebanyak 3x tu, aku selamat dari sebarang gangguan.,

Abang aku kena rasuk selepas keluar ke kedai pada jam 10.30 malam,, rumah nenek aku tu memang dalam hutan, kalau nak pergi kedai kena keluar dari hutan tu dulu, dan dalam hutan tu hanya ada dua buah rumah,, rumah nenek aku dan rumah pak cik aku..



Note : hantu ni suka pada mereka yang lemah semangat,, jadi kuat-kuatkan semangat anda ya…  ( this true story ok )