Bidang psikologi kini semakin
penting dan berkembang dalam masyarakat memandangkan bidang ini mempunyai
kaitan langsung dengan kelakuan manusia.
Bidang ini merupakan satu
profesion yang memerlukan seseorang yang melibatkan diri
di bidang ini berkemahiran,
berkebolehan serta berpengetahuan bagi menyelesaikan
masalah-masalah yang berlaku
kepada manusia.
Daripada segi definisi, psikologi ialah suatu
disiplin kajian dan pengurusan saintifik
berkaitan dengan tingkah laku
manusia. Bidang psikologi adalah suatu bidang yang
luas yang boleh dipecahkan
kepada beberapa pengkhususan termasuk psikologi
kaunseling; klinikal;
pendidikan; industri dan organisasi; perkembangan; ergonomik dan
psikologl sosial. Psikologi
kaunseling ialah perhubungan menolong yang sistematik
berasaskan kaunseling bagi
menghasilkan perubahan oleh individu. Mereka yang
mengendalikan psikologi
kaunseling dipanggil kaunselor. Kaunseling merupakan satu
proses di mana kaunselor
membantu klien membuat tafsiran terhadap fakta yang
berkaitan sama ada dengan
membuat pemilihan keputusan, perancangan ataupun pelarasan yang lebih baik
perlu dilakukannya. Bagi mereka yang melibatkan diri di bidang psikologi klinikal, perlu menilai
dan merawat pesakit yang mengalami masalah
psikologi. Mereka menggunakan
pelbagai kaedah berkaitan ilmu psikologi dalam
memberi kaunseling dan terapi.
Selain itu, ahli psikologi sentiasa bekerjasama dengan
doktor-doktor, ahli psikiatri
dan kakitangan perubatan dalam menangani masalah yang
dihadapi pesakit.
Bidang psikologi pendidikan pula menawarkan
kaunseling dan bantuan kepada pelajar
remaja yang
menghadapi masalah di bidang pelajaran dan perkembangan tingkah laku.
Mereka ini
sentiasa memberi kerjasama kepada klien, iaitu pelajar serta guru-guru dan
ibu bapa.
Sementara bidang psikologi industri dan
organisasi melibatkan permasalahan
yang berhubung dengan
perlakuan organisasi dan pekerja. Bidang ini menyentuh
hal-hal berkaitan
kepuasan bekerja dan stres; dinamika kumpulan; komunikasi interpersonal;
masalah kesatuan sekerja; kepemimpinan dan pengaruh; prejudis dan diskriminasi
dalam organisasi; permasalah kembangan organisasi; latihan dan pembangunan
kerjaya.
Bidang psikologi menjanjikan peluang
kerjaya yang disiplin cukup baik sama ada di
sektor awam, swasta
atau menjalankan perkhidmatan perundingan. Anda boleh
berkhidmat sebagai
pensyarah, kaunselor, pakar pemulihan, pembangunan sosial,
pembantu sosial,
penyelidik, pentadbir, industri pegawai perjawatan, eksekutif sumber
manusia, eksekutif
latihan dan perunding.
CIRI-CIRI PERIBADI YANG DIPERLUKAN
(i)
Minat terhadap profesion ini
(ii)
Minat terhadap orang dan kelakuan manusia
(iii)
Matang dan stabil aspek emosi
(iv) Seorang yang sabar, berkemahiran
mendengar dan menangani permasalahan
(iv)
Mampu menyimpan rahsia klien
(v)
Memiliki kemahiran berkomunikasi
(vii) Empati
(viii) Mampu berfikir secara
kreatif
(ix) Berupaya memberi bantuan dan
menyelesaikan masalah
(x)
Mempunyai kebolehan menganalisis dan menilai
(xi)
Mahir dalam statistik dan matematik
SYARAT
MENCEBURI BIDANG INI
Seperti kebanyakan bidang profesional lain, untuk
menceburi bidang psikologi ini memerlukan seseorang itu memiliki
sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda dan universiti dalam atau luar negara.
TEMPAT
MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pada masa ini universiti tempatan yang menawarkan
psikologi ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia (UIAM)
Universiti Malaysia
Sabah (UMS). Manakala universiti tempatan lain
yang
menawarkan bidang yang lebih khusus iaitu kaunseling
ialah UKM, UIAM, Universiti
industri dan organisasi. Semua universiti ini
menawarkan pengajian di peringkat sarjana
muda. Terdapat banyak universiti luar negara
menawarkan kursus ini termasuk Amerika Syarikat ,
United Kingdom dan Indonesia .
SYARAT YANG
DIPERLUKAN UNTUK MELANJUTKAN PENGAJIAN
Pengambilan untuk
memasuki universiti tempatan memerlukan syarat yang berbeza-beza. UKM, UPM,
UMS dan 1251 mengambil pelajar dan lepasan STPM. UTM mengambil pelajar lepasan
SPM/SPMV, sementara UIAM membuka peluang kepada lepasan SPM/SPMV melalui
program matrikulasi dan STPM.
UKM mengambil calon
yang lulus STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya tiga prinsipal termasuk
prinsipal C dalam pengajian am serta kepujian bahasa Melayu dan matematik atau
mana-mana mata pelajaran sains di peringkat SPM/SPMV.
(i)
UPM dan UM memerlukan calon lulus STPM dengan mendapat
tidak kurang
daripada tiga prinsipal termasuk
pengajian am. Calon juga perlu lulus bahasa
Melayu, matematik dan sains di
peringkat SPM.
(ii)
UIAM mengambil calon lepasan SPM/SPMV pangkat satu.
Mencapai
sekurang-kurangnya C5 mata
pelajaran bahasa lnggeris serta kepujian lima
mata pelajaran termasuk Pendidikan
Islam. UIAM juga mengambil pelajar
lepasan STPM dengan syarat mendapat
sekurang-kurangnya tiga prinsipal
serta kepujian bahasa Melayu dan
bahasa Inggenis di peringkat SPM/SPMV.
UMS memerlukan calon lulus
STPM dengan mendapat sekurang-kurangnya
tiga prinsipal termasuk
pengajian am. Keutamaan diberi kepada calon yang
mendapat kepujian matematik
di peringkat SPM/SPMV.
(iii)
UPSI memerlukan calon lulus tiga prinsipal di peringkat
STPM serta kepujian bahasa Melayu di peringkat SPM/SPMV.
(iv)
UTM mengambil pelajar lepasan SPM/SPMV. Calon perlu
mendapat kepujian sekurang-kurangnya lima
mata pelajaran termasuk bahasa Melayu dan matematik. Calon yang memohon
mengikuti kursus ini akan melalui
temuduga dan ujian psikologi yang dikendalikan oleh Fakulti Pendidikan.
Note : ilmu psikologi juga penting dalam memotivasikan diri
untuk lebih maju dan lebih berusaha dalam mencapai sesuatu matlamat,,, Be a positive man/woman
No comments:
Post a Comment