Aku tahu, bila kau baca tajuk kat atas tu. Mesti kau
tertanya-tanya, ini cerita seram ke apa?
Alahai, abis tu ku fikir aku nak buat cerita komedi ke dengan tajuk kat
atas tu? Mungkin bagi sesetengah orang, mereka sudah biasa dengan situasi
‘rumah di dalam hutan’ . jadi tak ada apa yang nak di hairankan lagikan. Tapi,
ia berbeza untuk aku sebab aku ni duduk di kawasan Bandar, bukannya dalam
hutan. Haha, kau jangan ingat beruk je duk dalam hutan, manusia pun adalah…
antaranya, arwah nenek dan datuk aku. Nak di jadikan cerita, perkara ni berlaku
di kampung halaman ku,, kata pun nenek dengan datuk yang duduk. Sebenarnya, aku
bukannya nak bagi kau takut. Janganlah sampai anti dengan kampung halaman kau
lepas kau baca cerita ni ya.
“Hoi, Firdaus kau dah kenapa berselubung macam tu? Orang kat
sini semuanya ra panas, yang kau mengigil ni kenapa?”
Lebih kurang macam tu lah mak aku membebel kat abang aku
yang seorang ni, mana tidaknya tiba-tiba ambil selimut tutup badan dia, dah
macam tutup mayat pun ada. Aku pula masa tu kat luar, almaklum mak saudara baru
lepas kahwin, so aku dan cousin-cousin nak karoke la bagi gegar satu kampung
dengan suara aku yang lunak lagi merdu ni.
“Ish budak-budak ni, kau tak payah nak cari pasal.
Tengah-tengah malam macam ni nak melalak, pergi masuk kau pun nak kena macam
Firdaus tu, hah?”
Alamak kena halau dar,,
“asal mak, Firdaus kenapa? A’ah, mana dia tadi kata nak
karoke sekali.”
“sudah, masuk !”
…pandang kiri, pandang kanan.. selamat,, jalan…. (masa nak
masuk rumah tu, semua duduk berkumpul kat ruang tamu, jadi kami pun dengan
berhati-hati jalan masuk ke ruang dapur sambil membuat mesyuarat tergempar)
“apasal dengan Firdaus tu, tadi masa aku jalan dia pandang
aku semacam je, tegak bulu roma aku.”
“betul tu Ayu, asal dengan dia. mak, kenapa dengan Firdaus?”
“Hah, itulah waktu malam tak reti-reti nak masuk rumah.
Duduk lepak kat luar rumah, kan
sudah ada yang menyinggah.”
“Hah, maksudnya Firdaus kena….” -> kau pandai-pandai la
sambung ya..
“Patutlah aku rasa lain macam je, wei tadi waktu makan dia
duduk sebelah aku la. Tapi masa tu aku tak rasa apa-apa pun, biasa je, kau ada
rasa apa-apa?”
“tak…” (aku
tak ada dalam ini dialog sebab masa tu aku blur lagi, nak buat macam mana budak
bawah umur)
“pergi masuk tidur ! duduk kat sini lagi,,kenapa nak kena
juga ke?”
Dah kena sergah macam tu, sapa tak kecut perut, sudah macam
lipas kudung kita orang lari naik tangga. Biasa laa rumah kampung bilik kat
atas. Semua berebut nak tidur, alahai orangnya dah boleh muat satu van, nak
sumbat jugak kat tempat sempit. Sampai ke tanggalah kita orang sumbat, dan AKU
la orang yang terpaksa tidur ditangga. Kejam tak cousin aku, mentang-mentangla
aku ni blur masa tu, mereka boleh buli aku. Sadis sungguh keadaanku pada saat
dan ketika itu.
“ini dah sampai ke tangga kenapa? Pergi tidur kat dalam tu,
luas lagi kat sana .”
Buumm baamm buumm baamm …
lebih kurang macam
tulah bunyinya, almaklum rumah papan, mereka boleh lari tinggalkan aku
seorang-seorang kat tangga tu, tak patut betul. Aku dah cuak sangat masa tu,
aku dah tak fikir panjang, aku cilok je masuk dalam kelambu mak aku tidur,
haha,, sempit mempit aku tak kisah, yang aku tahu aku tak nak tidur seorang kat
tangga. Mak aku malas nak bertengkar, just suruh aku baca ayat kursi dan hembus
kat adik aku yang kecik tu,, yelah masa tu umur dia baru beberapa bulan, kau
faham-fahamlah kalau ada kes rasuk ni bayi macam adik aku tu bahaya sikit,,
masih lemah..
“Wei, semalam kau tidur pukul berapa? Aku pukul 4 pagi baru
tidur.”
“mana kau tahu kau tidur pukul 4 pagi?”
“aku dengar bapak kau cakap, masa tu abang kau dah sedar,
hantu tu dah keluar dari badan abang kau, aku dengar semua semalam, aku tak
boleh tidur.”
“A’ah, kami semua tak boleh tidur. Aku dengar masa tu pak
dak panggil bomoh nak keluarkan hantu tu, hantu perumpuan kau tahu.”
“aku tak tahu, semalam aku tidur lena je. Sikit pun aku tak
dengar apa-apa.”
Ceritanya….
Tok bomoh : Keluar sekarang,,,
Hantu : tak nak, aku suka dengan dia. aku nak kawan dengan dia.
(abang aku yang cakap tapi keluar suara hantu tu)
Tok bomoh : keluar aku kata, kalau tak aku buat kau sakit
~ ~ tok bomoh tu pun buatlah something(aku tak tahulah apa
yang dia buat, tekan jari hantu kot) sampai benda tu jerit ~ ~
Hantu : ye, aku keluar.. (dengan senang hantu tuu cakap)
~ ~ beberapa saat kemudian, tok bomoh tu tekan ibu jari kaki
abang aku ~ ~
Hantu : ok,, ok,, aku keluar.. ( hantu moden kau, siap speaking lagi tu )
~ ~ beberapa saat kemudian, tok bomoh tu tekan ibu jari kaki
abang aku ~ ~
Sakit laa bodoh ! (
ambik kau tok bomoh, dah kena bodoh.. hah, itu bukan hantu yang cakap, tapi
abang aku)
Begitulah cerita yang aku dengar dari cousin-cousin aku, aku
tak pasti kesahihannya sebab masa tu aku tak sedar langsung. Alhamdulillah berkat
ayat kursi yang dibaca sebanyak 3x tu, aku selamat dari sebarang gangguan.,
Abang aku kena rasuk selepas keluar ke kedai pada jam 10.30
malam,, rumah nenek aku tu memang dalam hutan, kalau nak pergi kedai kena
keluar dari hutan tu dulu, dan dalam hutan tu hanya ada dua buah rumah,, rumah
nenek aku dan rumah pak cik aku..
Note : hantu ni suka pada mereka yang lemah semangat,, jadi
kuat-kuatkan semangat anda ya… ( this
true story ok )
No comments:
Post a Comment