Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks
Maka BERISTIQOMAHlah dalam menyampaikan sesuatu ILMU walaupun hanya dengan sepatah kata.. Coretanku dihidangkan buat tatapan sang pembaca, semoga bermanfaat buat semua.. :)
Blogger Tips and TricksLatest Tips For BloggersBlogger Tricks

Wednesday, March 16, 2016

CSC BEST !!!

CSC??? Apa itu CSC ya? Takpe korang tak perlu penat-penat kerah otak untuk mentafsirkannya, nanti lain pula maksud yang korang fikir..

CSC253 code subjek yang aku belajar di semester 6


"Wah, bestnya belajar multimedia..."
Stress jadinya bila orang lain yang terlebih excited  pabila mendengar aku belajar multimedia. Korang tak tahu betapa seksanya student diploma matematik harus belajar subjek yang jauh panggang dari api ini.
Antara projek pertama aku, time buat tu aku memamng tak faham dan stress sangat. Tapi bila tengok pada hasilnya, WAH macam tak percaya pula diri sendiri yang buat.. heeee....



Haa... inilah anatara software yang aku belajar untuk mengenali apa itu multimedia. Daripada  zero, aku mula memahami fungsi-fungsi software di atas :)






Jadi macam biasalah bila nak pandai menggunakan adobe-adobe di atas ni, mestilah practice banyak kali kan. Jadi tersenarailah assingment yang sangat mencabar aku.


Haaa... bak kata pepatah "Tak kenal maka tak cinta kan..." lepas berbulan-bulan mengharungi pancaroba kehidupan dalam subjek ini. Aku mula JATUH CINTA dengan subjek MULTIMEDIA (CSC)... Project yang bertemakan "Video Promotion" memberi pengalaman baru dalam kehidupan aku sebagai student matematik yang 24jam menghadap nombor sahaja. Berbeza CSC, ia subjek yang memerlukan kemahiran dan pemahaman soal software-software dan tahap pemikiran yang kreatif.


Kami bersama-sama pelajar daripada sekolah SESTA menjalankan shooting untuk video kami.




Hahahaha,, dah macam kisah drama bersiri daarr...

Antara scene yang dilakonkan di dalam video kami


Kami bertungkus lumus menyiapkan projek yang bakal dipertandingkan


Project yang terhasil berkat titik peluh kami

"CSC BEST" bukan untuk mereka yang kreatif sahaja. Tapi untuk mereka yang berani untuk menyahut cabaran dalam MENCABAR diri sendiri. Dulu aku menganggap CSC ini subjek yang sangat menakutkan, tetapi selepas menimbanya baru aku sedar yang ia sangat menyeronokkan..


NOTE : Bila dah belajar CSC ni, baru tahu betapa mencabarnya pekerjaan sebagai EDITOR ni. Lepas ni kalau tengok MOVIE tak boleh komen lebih-lebiih sebab dah tahu kesukaran disebaliknya...

Saturday, March 12, 2016

Janji Allah itu pasti.

Part 4
Masa berlalu dengan pantas, permohonan aku untuk menjadi EXCO AQS (persatuan fakulti) berjaya. Alhamdulillah, aku diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai EXCO Kebudayaan. Walaupun nampak seperti jawatan kecil, sebenarnya di dalam melaksakan gerak kerja kami tetap berkerjasama serta melakukan tugasan. Tugasan yang digalas bukan berdasarkan jawatan namun untuk menberikan pengalaman dalam menguruskan sesuatu event. Alhamdulillah pada semester 2,selain memegang jawatan bagi EXCO AQS aku juga diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai SEIKI PEERS(kelab pembimbing rakan sebaya).

Jawatan yang disandang bukanlah untuk dimegah-megahkan. Apabila kita mula menerima suatu amanah, kita wajib untuk memikulnya hinggalah ia berjaya. Untuk pertama kalinya aku memegang jawatan untuk sesuatu kelab di IPT, aku teruja untuk melaksanakan setiap tugas yang diberi. Namun, Allah lebih mengetahui segala-galanya. Aku merasakan bebanan yang amat besar apabila memegang dua jawatan dalam masa yang sama. Bukan niat untuk menjadi seorang yang tamak atau untuk mendabik dada. Namun, peluang yang datang bukannya perancangan kita, Allah telah mengaturkan segalanya. Semester 1 adalah semester yang amat mengembirakan untuk kami, kami hanya menghadiri kelas dan melakukan ulangkaji untuk masa terluang. Tiada assignment seperti pelajar yang lain. Namun, ia tidak untuk semester 2, kami dihujani dengan kelas yang banyak, assignment bertimbun, kerja ‘universiti’ (kalau sekolah kita panggil kerja sekolah) serta aktiviti kelab.

Kadangkala, aku terpaksa tidur pada jam 2pagi untuk menyiapkan laporan event, dan bangun pada awal pagi untuk menghadiri kelas sehingga ke petang hari, kemudian malamnya aku harus menghadiri meeting persatuaan. Kehidupan yang amat memenatkan serta memberi tekanan kepada diri apabila aku tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran. Setiap masa, classmate aku akan mengulangkaji pelajaran kerana course maths sangat memerlukan latihan yang banyak. Selain aktiviti persatuan, aku juga dihujani dengan aktiviti kolej yang diwajibkan untuk setiap penghuni kolej. Di UiTM Alor Gajah, ia sangat meriah dengan pelbagai aktiviti yang telah dirangka oleh pelbagai persatuan. Ia mempunyai kebaikan serta ada juga keburukannya. 

Setiap kali quiz atau test, aku sering kali tiada masa untuk membuat ulangkaji. Perkara ini amat menggusarkan hati aku, kadangkala aku terfikir untuk meletakkan jawatan kerana terlalu bimbang andai ia akan mengganggu prestasiku. Namun, berkat nasihat serta bantuan daripada Naib Yang di-Pertua kelab PEERS iaitu Nur Iman bin Kudus yang memberi semangat kepada aku untuk teruskan perjuang ini. Aku tidak boleh berundur sebelum berjaya, aku sudah berani untuk menyahut cabaran ini, jadi aku juga harus berani untuk melaluinya, antara nasihatnya yang masih segar diingatan ini adalah:
1. Jangan pernah merasakan ia adalah bebanan, namun letakkan perkara itu sebagai suatu ILMU yang tiada di tempat lain.
2. Bukan masa yang akan mengejarkan kita, namun kita yang harus mengejarnya. Gunakan masa itu sebaiknya, dalam waktu kita sibuklah selalunya kita akan menggunakan masa itu sebaiknya.
3. Jangan belajar mengikut jadual kerana masa kita tidak menentu, jadi belajarlah ASAL ADA WAKTU.
4. Sebelum mengulangkaji, ambil wudu’ dan berdoalah. Serahkan segalanya pada yang Maha Mengetahui. Semoga Allah memberi kemudahan untuk kita memahami setiap apa yang kita kerjakan.
5. Hadapi masalah atau tekanan dengan permikiran positif, sentiasa bersangka baik kepada Allah serta berusaha untuk menyelesaikan setiap permasalahan dengan tenang.
Hurm... Rasanya itu sahaja yang berjaya aku keluarkan di dalam minda ini, sudah lupa yang selebihnya.
**********************************************************************************

Ouh ya, selain aktiviti kelab AQS, kelab PEERS dan kolej. Ada satu lagi aktiviti yang membebankan diri ini, haaaaa...... KELAB DRAMA (kokuriklum untuk semester 2). Tindakan berani aku untuk menceburi bidang lakonan amat memberi kesan ke dalam kehidupan aku. Dunia lakonan yang pada permikiranku penuh dengan fantasi serta ilusi yang indah, namun ia amat berbeza daripada angananku. Dunia lakonan adalah dunia yang penuh dengan teriakkan, pekikan, jeritan serta tangisan. Tekanan demi tekanan menimpa diriku sehingga ia berjaya mengubahku menjadi seorang yang pendiam serta “ZOMBIE”. Roommate aku selalu menyuarakan kesedihan mereka, katanya :

‘najwa susah sangat nak duduk bilik kan.’
‘najwa ada event ke tu?’
‘najwa tak balik kampung(rumah mak abah)’
‘najwa tak penat ke?’
‘najwa sibuk ke, jomlah lepak dengan kami sekali sekala.’
‘najwa tak tidur lagi?’

Ya Allah kesedihan aku pada ketika itu tiada siapa pun yang tahu, setiap malam aku akan keluar untuk menghadiri meeting kelab dan latihan drama sampai ke lewat malam. Setiap pagi aku akan keluar awal untuk ke kelas dan pulang lewat kerana kelas lazimnya hingga ke petang. Hujung minggu waktuku diisi dengan aktiviti yang tidak putus-putus sehingga aku tiada masa untuk berlama-lama di kolej, kolej itu seperti sekadar menjadi tempat persinggahan untuk aku berehat. 
**********************************************************************************

Masih segar diingatanku pada suatu event yang aku sertai, event yang dijalankan selama 3malam berturut-turut. Dan pada malam yang terakhir, kami terpaksa pulang pada jam 2pagi untuk membuat kerja-kerja pembersihan serta postmortem(meeting) bagi event tersebut. Dengan suasana yang sunyi dan agak menyeramkan, aku memberanikan diri untuk pulang ke kolej pada waktu sedemikian. Pada masa itu hanya Allah yang tahu beetapa cuaknya aku, hati rasa seperti ada yang tidak kena. Subhanallah, keesokannya aku mendapat tahu bahawa kolej Dang Anum iaitu kolej yang aku lintasi pada jam 2pagi itu telah berlaku kejadian histeria, dan alhamdulillah Allah melindungiku daripada sebarang bencana.
**********************************************************************************

Tekanan demi tekanan menyingkap kehidupanku sehingga membuatkan diri ini lelah serta jatuh tersungkur untuk melalui segalanya. Dugaan yang pada mulanya menyebabkan aku hampir putus asa untuk meneruskan perjuanganku di IPT. Amanah yang pada awalnya menyebabkan aku berasa terbeban, lalai, menyalahkan takdir dan tidak ikhlas. Semua ini mengajar aku erti kehidupan yang sebenar, tekanan,dugaan serta amanah yang diberi adalah Anugerah Allah kepada hamba-Nya. Mengapa aku kata itu adalah anugerah? Kerana tekanan aku belajar erti menghargai, kerana dugaan aku belajar erti kesabaran dan usaha, kerana amanah aku belajar erti tanggungjawab serta pengalaman. Terima kasih ya Allah kerana memberi nikmat yang tidak ternilai harganya kepada kami, 

Alhamdulillah, walaupun aku sibuk dengan aktiviti kelab, keputusan untuk semester 2 tidaklah mengecewakanku. 

Saturday, January 30, 2016

JANJI ALLAH PASTI

Part 3
“Permohonan kolej anda tidak berjaya.”
“Tapi puan saya baru semestar 2, takkan sudah tak dapat kolej. Tolonglah puan, saya bukan 
orang yang berada nak sewa dekat luar.” dengan air mata Najwa merayu kepada orang yang 
menguruskan kolej itu, sudah tidak kisah akan keadaan orang keliling yang memandang, janji dia dapat kolej. 
Sudahlah datang sehari awal, nak tidur mana malam ni, mak dan abah sudah berjam tunggu untuk menguruskan kolej ni saja.
“Macam ni lah, awak buat surat rayuan. Nanti kami akan pertimbangkannya.”
“Kalau saya buat hari ni, bila saya boleh dapat kolej?”
“Dalam tempoh masa semiggu awak datang balik ke unit kolej ya.”
“Lamanya, lepas tu dalam masa seminggu ni saya nak tinggal dimana?”
“Awak tumpanglah bilik sesiapa dulu ya.”

Ya Allah dugaan apa lagi yang kau berikan kepada hambamu ini, aku tak kuat ya Allah.
Pada saat itu, Najwa sekadar berusaha menghubungi sesiapa sahaja yang dapat membantunya untuk 
menumpang tidur dalam tempoh seminggu ini. Kolej Dang Wangi kosong tidak berpenghuni, tidak ada arah 
tujuan, tidak tahu mana nak tuju, tidak tahu hendak menagih simpati siapa lagi. Mak dan abah masih setia 
menanti hingga ke petang. Alhamdulillah Allah memberi kemudahan, kak Adda menjadi penyelamat. Membantu 
dan memberi kebenaran untuk menggunakan biliknya sementara rakan sebilik yang lain masih belum pulang.

“Mak dah sampai ke ?”
“Alhamdulillah, ni baru je sampai.”
Ya Allah, jam menunjukkan pukul 11.55 malam, kesiannya mak dan abah.
Bertolak ke Melaka jam 9.00pagi dan sampai ke rumah jam 11.55malam, sungguh besar pengorbanan kalian.
**********************************************************************************

Dalam masa seminggu, Najwa cuba untuk menanyakan kelayakkannya mendapatkan kolej.
“Awak ni cuai sangat, saya sudah cakap ikut peraturan tapi awak langgar, haa bila tak dapat kolej 
baru nak merayu.”
“Maaf puan, saya tak tahu peraturan apa yang saya langgar, lagipun saya baru semestar 2.”
“Kan saya suruh awak hantar borang clearance sebelum awak balik rumah.”
“Saya sudah minta tolong kawan saya hantarkan.”
“Ha... tula masalahnya, kenapa awak tak hantar sendiri, suruh kawan pula. Kalau suruh kawan tu, 
awak pasti ke dia hantarkan untuk awak?”
“Maaf puan,”
“Tak pe kali ni saya maafkan awak, ni bilik awak.”
“Dang Anum?” kolej senior ni, habis aku kena buli.
“Yela, kenapa awak tak nak kolej ke?”
“Eh, tak de apa, terima kasih.
**********************************************************************************

“Assalamualaikum, ni bilik A110 kan.”
“Walaikumussalam, ya kenapa?”
“Ouh.. saya ada buat rayuan pada unit kolej, mereka bagi saya bilik ni.”
“Ouh, yeke. Saya rasa lebih baik awak cari bilik lain, bilik ni dah penuh.”
“Aik, tapi unit kolej yang bagi bilik ni.”
“Yela, awak pergilah cari bilik lain yang kosong.”
Ya Allah, dugaan apa lagi ini, mulanya aku tidak dapat kolej sama sekali. Tapi bila dah dapat begini pula 
kisahnya, apa aku nak buat sekarang adakah aku nak msuk jugak bilik ni, atau....

“Maaf puan, saya sudah pergi ke bilik A110 tapi penghuni bilik tu kata, bilik tu dah penuh.”
“Eh, dalam rekod saya bilik tu kosong.”
“Tak tahulah puan,lepas tu macam mana ni?”
“Ais, nak kena budak-budak ni. Suka hati aje, tak mengapa nanti saya akan amik tindakan.”
“Hurm, jadi macam mana ya dengan bilik saya. Puan, kalau saya nak mintak bilik sendiri boleh. 
Tolonglah puan.”
“Amboi, nak minta bilik sendiri pula.”
“Bolehlah puan, nanti saya kena angkut barang-barang saya yang banyak tu ke hulu hilir, kesian kawan-kawan saya.”
“Sudah buat salah, lepas tu nak minta macam-macam pula.”
“Tolonglah puan.” Najwa merayu bersama air mata yang mencurah-curah. Ketika itu biarlah orang lain nak pandang dia sampai tembus sekali pun, Najwa dah tak kisah. Janji dia 
dapat duduk kolej dan bilik yang dia nak.
“Baiklah kali ni saya bagi, tapi lain kali klau awak buat lagi sekali, maaflah ya.”
“Alhamdulillah, terima kasih.” tersenyum yang makin hilang dalam tempoh semniggu itu kembali mekar 
semula.
**********************************************************************************

Ya Allah, terima kasih atas dugaan mu yang sangat indah ini. Aku bersyukur kerana telah di beri dugaan
 sebegini. Disini aku dapat melihat mana yang harus menjadi keutamaan buat diriku. Adakan rakan atau 
pun keluarga. Disini aku menerima jawapan disebalik pertanyaanku. Kau mengirimkan keluarga yang 
sangat menyayangiku, walaupun mereka tidak pernah menunjukkan kasih sayang itu secara zahirnya. Tapi aku tahu segala yang mereka lakukan adalah untuk kebahagiaan diriku dan itulah bukti kasih saynag 
mereka. Sepanjang aku melalui kesukaran ini, dalam linangan air mata aku berusaha mendapatkan 
pertolongan daripada mana-mana pihak. Dalam mindaku, mungkin ada rakan yang akan sedia membantu. Namun tekaanku salah, tiada sesiapa yang membantuku tidak kiralah dari segi emosi atau pun fizikal. Melihatku sekadar menghadiakan simpati atas nasib yang melanda diri ini. Pada masa inilah, Allah membuktikan pada aku keluarga aku 
sangat menyayangiku, walaupun selama ini masa aku hanya diluangkan buat rakan-rakan, tapi mereka tak pernah berkira dengan aku. Mereka tetap ada di sampingku ketika aku memerlukan seseorang untuk memberi semangat pada diriku. Selama ini aku baru sedar, rakan tak sepenting keluarga. Keluarga akan ada sewaktu kita dalam kesusahan, tapi rakan?

Thursday, January 14, 2016

JANJI ALLAH ITU PASTI

Part 2
‘Najwa, kau tak balik rumah ke?’
Soalan lazim yang sering diajukan oleh rakan sebiliknya setiap kali mereka semua ingin pulang ke kampung
(rumah keluarga). Selalunya, setiap kali ada cuti mereka pasti akan pulang ke kampung bertemu keluarga. 
Namun ia sebaliknya untuk aku, sudah dua bulan aku menjejakkan kaki ini ke bumi Melaka tetapi sekali pun aku tidak pernah pulang ke kampung.

Dan dalam masa dua bulan itulah aku selalu keseorangan, blok asramaku akan kesunyian tanpa penghuni.
 Seram sejuk juga pabila malam mula menjengah, tapi alhamdulillah kadang kala ada juga yang sudi 
menemaniku untuk memecahkan rasa ketakutan ini.
**********************************************************************************

“Aku peliklah dengan kau ni Najwa, rumah kau bukannya jauh pun, selangor je. Tapi kenapa setiap minggu kau memilih untuk menetap di kolej daripada pulang ke kampung.”

Hanya senyuman yang menjadi jawapan untuk persoalan yang diajukan. Aku tak pasti jawapan apa yang terbaik untuk menjawab soalan tersebut. Bukan aku tak mahu pulang ke kampung, jauh dari sudut hatiku yang
 mendalam aku amat menginginkan berada di samping keluarga tercinta. Namun, aku sendiri tidak pasti 
mengapa aku lemah untuk meneruskan hasrat pulangke kampung. Setiap kali aku ingin pulang ke kampung 
pelbagai persoalan yang akan menjegah di mindaku. Bagiku ia satu perkara yang tidak berbaloi di mana pulang kepenatan pada hari jumaat petang, sampai rumah terus tidur kemudian ahad bergegas pulang ke UiTM. Sampai sahaja UiTM dah tak nampak buku, katil memanggil-manggil untuk merebahkan diri. Sudahlah tiada masa untuk mengulangkaji pelajaran, masa yang ada banyaknya diluangkan untuk perjalanan pergi dan balik serta masa untuk berehat. Jadi aku lebih memilih untuk berkorban 
sedikit daripada menyesal di kemudian hari.
**********************************************************************************

“Najwa, aku tak pernah nampak kau study. Selalunya bila aku balik dari rumah, aku tak pernah nampak kau
 pegang buku. Kau janganlah macam ni Najwa, wake up Najwa wake up .”
Kau jangan risaulah, aku okay.”

Aku tak tahulah nak kata samada kata-kata itu boleh menaikkan semangatku ataupun sebaliknya. Bukannya aku tak nak belajar dan bukannya akan tak pernah belajar. Sepanjang ketiadaan mereka, aku meluangkan masa dengan mengulangkaji pelajaran, jadi aku 
mengunakan masa yang selebihnya untuk berehat. Dan apabila dipersoalkan dengan soalan yang sedemikian, 
aku tak pasti adakah aku harus menjawab yang aku sudah lama study kerana aku takut mereka melihat aku 
seperti berbangga dengan apa yang telah aku kerjakan. Jadi mendiamkan diri mungkin jalan yang paling terbaik.

Kehidupan dua bulan di UiTM sangat menguji ketabahan hati ini, aku tidak pasti adakah ia semakin kuat atau
 sebaliknya. Namun aku pasti ia akan membawa kebaikan, ia juga mengajar diriku untuk terus cekal dalam menjalani hari mendatang.

Thursday, January 7, 2016

JANJI ALLAH ITU PASTI

Part 1
“Najwa, lepas SPM ni nak sambung belajar di mana?”
“Entahlah mak, Najwa dah cuba mohon UPU kalau ada rezeki insya-Allah.”

Kebuntuan anak-anak muda lepasan SPM membimbangkan para ibu bapa, mana tidaknya risau juga kalau-kalau anak mereka sudah bosan untuk melanjutkan pelajar di peringkat yang lebih tinggi. 
Ibu bapa yang bersengkang mata demi mencari IPT yang terbaik buat anak mereka. Begitu juga bagi Najwa, bagikan belajar di mana tidak menjadi masalah asalkan ada kawan
disampingnya. Masa-masa yang terluang di habiskan bersama rakan sehinggakan waktu bersama keluarga
tiada untuk dirinya.

“Najwa, aku dapat masuk Form 6. Kau dapat tak?”

“Eh, tak tahulah. Tak sempat nak check. Kau tolong checkkan untuk aku boleh?””Boleh, kejap ya.”

Beberapa minat kemudian, tuuuutttt
“Najwa kau pun dapat Form 6, samalah kita. Bolehlah kita belajar sekali.”
“Haha... Insya-Allah boleh saja :)”

Keputusan dirangka tanpa meminta pendapat orang tuanya,memikirkan ini adalah yang 
terbaik buat masa depannya. Najwa nekad untuk melanjutkan pelajarannya di Form 6 
selepas berbicara dengan rakan karibnya, Aina..

“Najwa, macam mana keputusan UPU tu, dapat tawaran dari mana-mana universiti ke?” soalan cepu cemas diajukan kebatang hidung Najwa. Terkedu najwa dibuatnya.
“Hurmm.. belum tengok lagi lah mak, tapi Najwa rasa dah selesa dekat sekolah tu. Kalau 
tak pindah boleh kan?”
“Pergilah tengok keputusan UPU tu dulu.” abah tiba-tiba bersuara membuatkan Najwa tidak betah untuk memberi alasan.

Setiap hari abah akan bertanya, bila nak check.... bila nak check...
pening juga kalau hari-hari kena tembak soalan yang sama je. Akhirnya Najwa bukalah juga laman web UPU tu.

“Abah, Najwa dapat tawaran daripada UiTM dalam Kursus Sains Matematik.”
“Haaa.. baguslah tu, bila nak daftar?” bukan main gembira lagi abah apabila dapat tahu
anaknya dapat masuk universiti, mana tidaknya anak pertama yang dapat melanjutkan 
pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi.
“Alaa.. kalau Najwa belajar dekat sini je tak boleh ke?”
“IPT itu lebih baik, lagipun nanti disana dapat belajar benda baru. Kalau belajar disini, tak 
berkembanglah otak kamu tu..”
Kata-kata abah disambut dengan helahan yang berat.
**********************************************************************************

“Nurul, Aina, korang dah tengok UPU, dapat tawaran daripada mana-mana universiti?” soalan pertama yang diajukan kepada kedua rakan karibnya setiba saja di sekolah. Walaupun hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk dia mendaftarkan diri di 
UiTM. Namun, dia masih berkeras untuk menghadirkan diri ke sekolah, mana tahu boleh 
tukar keputusan last minute .
“Sudah, tapi kami berdua tak dapat. Kau dapat ke?”
“Hurm.. alhamdulillah aku dapat, dekat UiTM Alor Gajah,Melaka.”
“Ouh.. lepas tu kau pergi ke?”
“Ayah aku suruh aku pergi juga, hurmm...”
“Ouh...” tiada sebarang reaksi yang dapat menjelaskan perasaan mereka bertiga, masing-masing memikirkan nasib kehilangan kawan karib.

“Assalamualaikum cikgu,” Najwa bertegur sapa dengan guru-guru yang pernah mengajarkan sehingga dia mendapat keputusan SPM yang agak baik.
“Waalaikumussalam, haa Najwa, macam mana dapat sambung belajar dimana.”
“Uish.. cikgu ni terus tembak saya dengan soalan cepu cemas ni. Alhamdulillah saya dapat 
tawaran di UiTM dalam Kursus Sains Matematik. Tapikan cikgu, saya takutlah. Saya bukan pandai pun, dan kursus yang saya dapat tu macam susah je.” Najwa masih dalam 
kekeliruan, dia perlukan seseorang untuk memberi kekuatan dalam membuat keputusan.
“Kalau cakap pasal pandai, saya ni pun bukannya pandai sangat. Awak sudah belajar? 
Awak sudah tahu apa sebenarnya yang awak akan belajar? Kalau alasan awak sebab takut, tak payah belajarlah. Duduk rumah goyang kaki je, kan senang. Dalam hidup ni mana ada senang, awak nak makan pun kena usaha cari makanan tu sendiri. Ada makanan tu datang pada awak?”
“Tapi cikgu,”
“Sudah, tak payah nak ‘tapi-tapi’ , awak pergi je sahut cabaran saya. Insya-Allah ada kejayaan dihadapan sana.”
“Terima kasih cikgu, insya-Allah.”
**********************************************************************************
“Najwa pergi siap kita nak keluar ni.” tiba-tiba abah ajak keluar, aik nak pergi mana pagi-pagi ni.
“Alaa.. Malaslah.”
“Pergi siap cepat, abah nak bawa kau ke bank. Nak bayar yuran dan buat akaun sspn sekali.”
 apabila abah sudah mula mengarah, memang tak boleh dibangkang. Dengan langkah 
malas Najwa menuruti perintah Boss besar.
**********************************************************************************

“Najwa malam ni kau free tak? Jom pergi pasar malam.” Nurul dan Aina berusaha 
meluangkan masa yang tersisa bersama Najwa, selepas ini Najwa pasti lebih sibuk. 
Biasalah kehidupan sebagai mahasiswa sangat sibuk.
“Boleh je, jumpa dekat gerai kau okay.”

“Najwa dapat sambung belajar dekat UiTM ya? Aina ada cerita pada makcik.” mak Aina 
mengajukan soalan setiba saja Najwa memberi salam dan bertegur sapa,
“Alhamdulillah, begitulah.”
“Laa.. yeke, Najwa nak pergi sana juga ke. Tak payah pergilah, belajar dekat sini saja 
dengan Aina ni. Bolehlah tolong anak makcik.”
“Hurm.. maaf ayah sudah bayar yurannya.”
“Ouh..” penerimaan dan permintaan mak Aina sangat mengejutkan Najwa, semakin hari 
semangatnya untuk melanjutkan pelajar di UiTM semakin menipis. Ya Allah adakah ini jalan terbaik buat aku?
**********************************************************************************

Kring... Kring...
“Assalamualaikum Najwa, haa maklang dengar cerita hang dapat masuk UiTM, betul ke?”
“Haa.. Waalaikumussalam, alhamdulillah lebih kurang macam tula.”
“Ish.. kau ni, buat keputusan bukan nak tanya orang yang lebih pandai dulu. Pergi tanya 
orang yang tak tahu apa-apa, nilah jadinya. Kau tahu tak, kalau masuk UiTM tu tak de masa depan, tak ada orang 
nak amik kau bekerja.” kata-kata pedas itu membuat semangat Najwa semakin jatuh menjunam. Tiada kata-kata yang dapat Najwa jelaskan lagi, sekadar menelan kepahitan itu dan pasrah dengan 
apa yang berlaku.

Ya Allah, aku tidak tahu mana yang terbaik buat diriku. Hatiku bingung untuk memberi 
pendapat, otakku cemas untuk memberi keputusan, namun imanku menyatakan 
penyerahan yang hakiki diatas segala kehendakmu, ya Allah.
Berilah aku pertunjukmu untuk aku membuat keputusan yang terbaik.

Doa sebagai penguat diri, makanan jasmani yang amat diperlukan Najwa pada saat ini. 
Detik yang dinanti telah tiba, setiap langkah diatur dengan perasaan yang kosong tanpa 
tujuan. Muka-muka yang disinari kegembiran disana sini tapi bukan disisi Najwa. Wajahnya jelas 
menunjukkan reaksi bosan dan kosong.

Satu demi satu ujian ditempuhi oleh Najwa, hinggakan dia merasa dirinya sangat lemah 
sehingga berfikiran untuk menamatkan pelajarannya. Sedangkan baru beberapa minggu dia melangkah ke alam pelajar IPT, namun hatinya tetap tidak dapat menerima kenyataan ini. Berusaha mencari semangat daripada sahabat-sahabat baharunya di sana, berusaha berkongsi suka dan duka bersama mereka memberi sedikit kekuatan kepada Najwa unutk meneruskan apa yang diingini oleh kedua orang 
tuanya.
**********************************************************************************

“Najwa nak pinjam telefon kau sekejap.” tegur Izah, rakan sebiliknya yang menjadi rakan 
bicaranya.
“Amiklah dekat atas katil tu.”
“Tak ada pun Najwa,”
“Kau carilah betul-betul.” bingkas Najwa untuk menolong Izah mencari telefon miliknya itu.
“Izah, memang tak ada lah. Ya Allah, mana ni telefon aku.”
“Kau cubalah telefon,”
“Telefon tu aku guna nombor internet, kalau telefon pun tak boleh.” dalam kekalutan Najwa 
bergegas ke ke kelas terakhirnya sebentar tadi, mungkin tertinggal di dalam kelas. Keadaan gelap tidak dihiraukan lagi, tujuannya sekarang hanya mencari telefon bimbitnya itu. Bukan kerana sayangkan harta benda melebihi segalanya, tetapi telefon itu hadiah daripada 
ayahnya selepas masuk ke UiTM, kiranya masih baru lagilah telefon itu. Dan telefon itu 
merupakan suatu keperluan buatnya untuk mendapatkan sebarang informasi mengenai 
UiTM, almaklum sekarang ni zaman teknologi jadi segala maklumat di hujung jari. Najwa 
bukanlah seseorang yang suka meminta-minta sesuatu daripada keluarganya kecuali andai perkara itu sangat penting.

Setibanya di kelas, semuanya berkunci dan gelap. Menjengah-jengah kedalam kelas untuk melihat kelibat telefon bimbitnya, namun tidak kelihatan. Tapi 
perasaannya kuat menyatakan bahawa telefon itu memang ada di dalam kelas itu. Pulang 
kehostel dengan hati yang bercampur baur, tidak tahu mahu sedih atau gembira. Hanya 
mampu berdoa dan tawakal kepada Allah.

‘Ya Allah, jika benar telefon itu miliki ku, jika benar itu harta 
yang telah kau titipkan padaku, kau kembalikanlah kepadaku. Namun jika ia bukan miliki ku maka kau berikan aku kekuatan untuk redha
atas segala yang telah berlaku.’
**********************************************************************************

Kelas bermula pada jam 8 pagi, namun seawal jam 7.30 pagi Najwa sudah tercacak di 
hadapan kelas yang dia pergi semalam untuk mencari telefonnya. Masuk sahaja ke kelas 
tersebut, seluruh pelusuk diterokainya, namun Allah lebih mengetahui benda yang dicari 
tidak dijumpai. Najwa keluar kelas itu dalam kesedihan. Tiba-tiba terlihat makcik cuci yang memandang kearahnya, tidak tahulah dari mana  kekuatan itu datang, Najwa menuju ke arah makcik itu. Belum sempat Najwa mengajukan soalan, 
makcik tu bertanya, 
“Awak cari barang hilang ke?”
“Ya makcik, telefon saya hilang.”
“Ouh.. telefon ini ke?”
“Ya Allah, makcik terima kasih banyak-banyak. Ya betul telefon inilah.”
“Lain kali hati-hati, jangn letak barang berharga merata-rata. Makcik pun tunggu dari tadi, nak bagi pada pemiliknya.”
“Terima kasih makcik, insya-Allah lain kali saya tak buat lagi.”

Ya Allah benarlah katamu, kau akan memberikan sesuatu yang terbaik buat hamba-Mu. Jika itu milikku, maka sampai bila-bila ia akan menjadi milikku. Walaupun berduyun-duyun ujian dan dugaan menimpa, namun ia tetap akan menjadi milikku. Subhanallah, 
selama ini aku menyangka apa yang aku lalui selama ini bukan yang terbaik untuk diriku. 
Aku menyangka keputusan aku ini salah. Namun dengan kekuasaanmu, aku dapat melihat apa yang telah dirancangkan kepada aku, inilah yang terbaik buat diriku.

Janji Allah itu pasti, kini aku semakin yakin akan pilihan aku untuk meneruskan pelajaran di UiTM. Walaupun ramai yang mulai menjauhi diriku, namun aku yakin Allah tetap bersamaku. Dan, mak abah masih memberi sokongan kepadaku walaupun mereka tidak pernah 
menzahirkannya namun aku tahu apa yang mereka lakukan semuanya untuk kejayaan 
anak-anak mereka. Tiada ibu bapa yang suka melihat kegagalan anak-anaknya, mereka akan berusaha beribu cara untuk memastikan anak mereka hidup dalam 
kegembiraan dan kejayaan.