Part 3
“Permohonan kolej anda tidak berjaya.”
“Tapi puan saya baru semestar 2, takkan sudah tak dapat kolej. Tolonglah puan, saya bukan
orang yang berada nak sewa dekat luar.” dengan air mata Najwa merayu kepada orang yang
menguruskan kolej itu, sudah tidak kisah akan keadaan orang keliling yang memandang, janji dia dapat kolej.
Sudahlah datang sehari awal, nak tidur mana malam ni, mak dan abah sudah berjam tunggu untuk menguruskan kolej ni saja.

“Macam ni lah, awak buat surat rayuan. Nanti kami akan pertimbangkannya.”
“Kalau saya buat hari ni, bila saya boleh dapat kolej?”
“Dalam tempoh masa semiggu awak datang balik ke unit kolej ya.”
“Lamanya, lepas tu dalam masa seminggu ni saya nak tinggal dimana?”
“Awak tumpanglah bilik sesiapa dulu ya.”
Ya Allah dugaan apa lagi yang kau berikan kepada hambamu ini, aku tak kuat ya Allah.
Pada saat itu, Najwa sekadar berusaha menghubungi sesiapa sahaja yang dapat membantunya untuk
menumpang tidur dalam tempoh seminggu ini. Kolej Dang Wangi kosong tidak berpenghuni, tidak ada arah
tujuan, tidak tahu mana nak tuju, tidak tahu hendak menagih simpati siapa lagi. Mak dan abah masih setia
menanti hingga ke petang. Alhamdulillah Allah memberi kemudahan, kak Adda menjadi penyelamat. Membantu
dan memberi kebenaran untuk menggunakan biliknya sementara rakan sebilik yang lain masih belum pulang.

“Mak dah sampai ke ?”
“Alhamdulillah, ni baru je sampai.”
Ya Allah, jam menunjukkan pukul 11.55 malam, kesiannya mak dan abah.
Bertolak ke Melaka jam 9.00pagi dan sampai ke rumah jam 11.55malam, sungguh besar pengorbanan kalian.
**********************************************************************************
Dalam masa seminggu, Najwa cuba untuk menanyakan kelayakkannya mendapatkan kolej.
“Awak ni cuai sangat, saya sudah cakap ikut peraturan tapi awak langgar, haa bila tak dapat kolej
baru nak merayu.”
baru nak merayu.”
“Maaf puan, saya tak tahu peraturan apa yang saya langgar, lagipun saya baru semestar 2.”
“Kan saya suruh awak hantar borang clearance sebelum awak balik rumah.”
“Saya sudah minta tolong kawan saya hantarkan.”
“Ha... tula masalahnya, kenapa awak tak hantar sendiri, suruh kawan pula. Kalau suruh kawan tu,
awak pasti ke dia hantarkan untuk awak?”
awak pasti ke dia hantarkan untuk awak?”
“Maaf puan,”
“Tak pe kali ni saya maafkan awak, ni bilik awak.”
“Dang Anum?” kolej senior ni, habis aku kena buli.
“Yela, kenapa awak tak nak kolej ke?”
“Eh, tak de apa, terima kasih.”
**********************************************************************************
“Assalamualaikum, ni bilik A110 kan.”
“Walaikumussalam, ya kenapa?”
“Ouh.. saya ada buat rayuan pada unit kolej, mereka bagi saya bilik ni.”
“Ouh, yeke. Saya rasa lebih baik awak cari bilik lain, bilik ni dah penuh.”
“Aik, tapi unit kolej yang bagi bilik ni.”
“Yela, awak pergilah cari bilik lain yang kosong.”
Ya Allah, dugaan apa lagi ini, mulanya aku tidak dapat kolej sama sekali. Tapi bila dah dapat begini pula
kisahnya, apa aku nak buat sekarang adakah aku nak msuk jugak bilik ni, atau....
kisahnya, apa aku nak buat sekarang adakah aku nak msuk jugak bilik ni, atau....
“Maaf puan, saya sudah pergi ke bilik A110 tapi penghuni bilik tu kata, bilik tu dah penuh.”
“Eh, dalam rekod saya bilik tu kosong.”
“Tak tahulah puan,lepas tu macam mana ni?”
“Ais, nak kena budak-budak ni. Suka hati aje, tak mengapa nanti saya akan amik tindakan.”
“Hurm, jadi macam mana ya dengan bilik saya. Puan, kalau saya nak mintak bilik sendiri boleh.
Tolonglah puan.”
Tolonglah puan.”
“Amboi, nak minta bilik sendiri pula.”
“Bolehlah puan, nanti saya kena angkut barang-barang saya yang banyak tu ke hulu hilir, kesian kawan-kawan saya.”
“Sudah buat salah, lepas tu nak minta macam-macam pula.”
“Tolonglah puan.” Najwa merayu bersama air mata yang mencurah-curah. Ketika itu biarlah orang lain nak pandang dia sampai tembus sekali pun, Najwa dah tak kisah. Janji dia
dapat duduk kolej dan bilik yang dia nak.
dapat duduk kolej dan bilik yang dia nak.
“Baiklah kali ni saya bagi, tapi lain kali klau awak buat lagi sekali, maaflah ya.”
“Alhamdulillah, terima kasih.” tersenyum yang makin hilang dalam tempoh semniggu itu kembali mekar
semula.
semula.
**********************************************************************************
Ya Allah, terima kasih atas dugaan mu yang sangat indah ini. Aku bersyukur kerana telah di beri dugaan
sebegini. Disini aku dapat melihat mana yang harus menjadi keutamaan buat diriku. Adakan rakan atau
pun keluarga. Disini aku menerima jawapan disebalik pertanyaanku. Kau mengirimkan keluarga yang
sangat menyayangiku, walaupun mereka tidak pernah menunjukkan kasih sayang itu secara zahirnya. Tapi aku tahu segala yang mereka lakukan adalah untuk kebahagiaan diriku dan itulah bukti kasih saynag
mereka. Sepanjang aku melalui kesukaran ini, dalam linangan air mata aku berusaha mendapatkan
pertolongan daripada mana-mana pihak. Dalam mindaku, mungkin ada rakan yang akan sedia membantu. Namun tekaanku salah, tiada sesiapa yang membantuku tidak kiralah dari segi emosi atau pun fizikal. Melihatku sekadar menghadiakan simpati atas nasib yang melanda diri ini. Pada masa inilah, Allah membuktikan pada aku keluarga aku
sangat menyayangiku, walaupun selama ini masa aku hanya diluangkan buat rakan-rakan, tapi mereka tak pernah berkira dengan aku. Mereka tetap ada di sampingku ketika aku memerlukan seseorang untuk memberi semangat pada diriku. Selama ini aku baru sedar, rakan tak sepenting keluarga. Keluarga akan ada sewaktu kita dalam kesusahan, tapi rakan?

No comments:
Post a Comment