Aku percaya bila kau semua baca tajuk itu, bulu roma kau dah
naik tegk macam kena kejutan elektrik kan ?
Dua tiga batang peyapu, tak payahlah nak menipu,
Ok aku start ceritalah ya, malas aku nak membebel-bebel..
Macam biasa, aku akan datang awal ke sekolah. Banggunan Blok
D antara tempat yang amat digeruni, sebab kat situ keras sikit, bukan sebab
bahan binaan tapi maksud aku ‘keras’ ,, faham kan … kelas aku pula kat Blok D, tapi
sebab aku dah biasa datang awal sebelum orang lain datang, jadi bagi aku Blok D
ni tak adalah seram sangat. Sudah menjadi rutin, aku akan naik ke kelas unutk
membersihkan kelas. Aku naik ke tingkat 3 berseorangan. Masa itu pun masih
gelap lagi, masih pukul 6.50 pagi kot.
Masa itu pun, cuaca macam nak hujan, tapi macam nak ribut
pun ada, angin kuat gila. Aku dalam kelas duk berlawan dengan angina, mana
tidaknya aku sapu dia sepahkan balik, bengang pula aku masa tu. So, tengah
khusyuk-khusyuk menyapu ni… aku pun toleh ke kanan,,
Tiba-tiba….
“Argghhh…..”
Lembaga putih betul-betul kat depan mata aku, mata aku sudah
di tutup, tak sanggup aku nak tngok lembaga tu..
“kha…kha…kha…”
Sudah, sapa pula yang ketawa tu, nak kata Pontianak bukan, sebab tak ada bunyi mengilai
pun. Perlahan-lahan aku bukak mata. Ya Allah….
Kau nak tahu apa,,, UZMA kawan aku, boleh pula dia ketawakan
aku, rupa-rupanya lembaga putih yang aku nampak tu adalah dia, mahu gugur
jantung aku masa tu, mana tidaknya dia boleh pula masuk kelas tanpa sebarang
bunyi dan paling gerun masa tu, pintu dumm damm dumm damm kena tolak dek angin,
dah macam cerita hantu suasana dalam kelas tu,
Dia pula sampai-sampai bukan nak bagi salam, boleh pula dia
berdiri static kat tengah-tengah kelas tu, manalah aku nampak kain biru dia,
yang aku nampak selubung putih, kurang asam bin jawa punya kawan, cuak aku
dibuatnya..
No comments:
Post a Comment